Posts

Showing posts from December, 2019

KAWAN AKU SAYANG KAU

Image
Assalamualaikkum nama aku zakwan..aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku kepada korang semua tentang kawan.  Kenapa aku bercerita pasal pengalaman tetibe aku teringat akan insan bernama KAWAN KAWAN yang pernah ada untuk aku 18 tahun lepas kembali terngiang2 lam lubuk hati seolah2 menceritakan satu babak indah dalam kehidupan yup mereka penyeri hidup aku mereka mencurahkan keindahan hidup aku yang hanya sementara ni aku tak nyesal mengingati mereka saat ini kerana merekalah insan yang bergelar KAWAN ;) Kawan ini ibarat…. kata emak  KAWAN  itu ibarat lebah, habis madu sepah di buang, kata abah  KAWAN  itu umpama bunga ros, di pandang cantik di pegang saki kata atuk  KAWAN  itu seperti air, terus mengalir... .. kata nenek  KAWAN  itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana... .. kata abang  KAWAN  itu seperti lembu, mengikut je apa yang di kata... .. kata kakak  KAWA...

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN

Image
Sebelum aku ceritakan pengalaman aku sebagai sukarelawan...aku ingin memberi definisi apa itu sukarelawan , Disini aku simpulkan ianya merujuk kepada sebarang kegiatan  altruistik  meilbatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara  sukarela  - oleh individu atau kumpulan ( sukarelawan  ataupun  relawan "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain" Pengalaman pertama aku sebagai sukarelawan iaitu sewaktu aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ( ukm) di mana aku mengambil citra kesukarelawanan khidmat bakti di bawah bimbingan Prod Madya Dr Fazilah Mohd Idris dan Dr Wardah Mustafa Din. Waktu pertama aku masuk sini aku ingin mencuba untuk mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu sukarelawan, skop kerja dia apa, kemahiran yang dia perlukan dan bermacam-macam lagi yang ada dalam fikiran aku ini. Kalau korang nak tahu sukarelawan ni ada banyak jenis ..antaranya dalam bidang bencana ala...

CERITA ZAMAN FORM 6

Image
Nama yang diberi oleh ibu bapa aku ialah Mohammad Zakwan Bin Mohd Zan aku merupakan bekas pelajar tingatan 6 di SMK TINGGI BATU PAHAT JOHOR. Pelbagai pancaroba yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar di sekolah ini. Ada yang mengatakan STPM itu susah bahkan seringkali menjadi bualan sesetengah masyarakat kita tetapi bagi aku di dunia ini tidak ada pekara yang senang semuanya memerlukan pengorbanan serta harganya yang tersendiri. Memang aku tidak nafikan bahawa peperiksaan STPM ini merupakan antara peperiksaan ketiga paling susah di Asia Tenggara tapi bak kata pepatah pelopor barat `where there`s a will, there`s a way’ .Aku teringat kata-kata imam as syafie beliau berkata `Bila kamu tak tahan lelahnya belajar maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Aku juga menjadikan STPM ini sebagai satu cabaran yang harus aku tempuh untuk aku membuktikan kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian di STPM di luar sana supaya tidak harus membatalkan niat mereka. Semasa di tingkat...

Pasukan Harimau Selatan

Image
Tak sah kalau tanya pasal bola sepak di Malaysia siapa yang paling unggul dalam liga bola Sepak Malaysia ..pasti mulut orang akan mengatakan Johor Darul Ta'zim. Hal ini memang aku tak nafikan bahawa JDT merupakan pasukan favourite untuk memenangi setiap perlawanan dalam liga mahupun piala. Dari pandangan aku orang yang paling memainkan peranan utama..bertungkus lumus pagi petang siang malam kepada perkembangan pasukan Bola Sepak JDT ke arah mercu kejayaan ialah pemilik Kelab ini sendiri iaitu  DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.   Sejarah Pasukan JDT Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ditubuhkan pada 29 Disember 1955, dan berpusat di Kluang Johor pada awal kemunculannya.Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos adalah gelanggang kepada pasukan bola sepak profesional pertama daripada Johor, dikenali sebagai Johor FA,Stadium berkapasiti 30,000 penonton tersebut dirasmikan pada 1964 oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Dato Hj...

Mobile legends

Image
Mobile Legends: Bang Bang merupakan satu permainan 5orang melawan 5 orang yang lain Multiplayer Online Battle Arena yang lebih dikenali sebagai permainan MOBA untuk platform Android dan iOS yang dicipta oleh Moonton, syarikat pemaju permainan di China dan ia dikeluarkan pada bulan November 2016. Ia adalah Free-to-Play tetapi mempunyai pembelian dalam aplikasinya dan ini termasuk Diamond yang boleh korang gunakan untuk membeli wira dan kulit, dan sama sekali tidak pilihan kerana permainan itu adalah tajuk "5v5 Fair MOBA for Mobile". Objektif permainan ini adalah dengan menghancurkan base pihak lawan. Game ini juga merupakan satu permainan yang memerlukan strategi kerjasama. Mobile Legends mempunyai lima mod permainan yang berbeza: 1. Match Up Mode - Player vs Player 5v5 (Casual Gameplay), peta Trilane. 2. Game Peringkat - Sama seperti Perlawanan tetapi bersaing untuk Ranks (Pahlawan, Elite, Master, Grandmaster, Epic, Legend, Legend), peta Trilane…apabila kita m...

Petanque

Image
Mesti semua orang tertanya tanya apa permainan dia, cara bermain, kat mana permainan ni selalau dimainkan. Dekat blog sini aku akan ceritakan satu persatu apa itu permainan Petanque. Asal permainan ini adalah dari negara perancis. Dikatakan bahawa sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Orang Rom merupakan orang pertama yang membawa sukan petanque ini ke Marseilles, Perancis kira-kira 2600 tahun dahulu. Ianya bermula dengan mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung-ganang dan dasar laut untuk bermain. Cara permainan ini ialah siapa yang melontar dengan tepat dan paling jauh adalah yang pemenang. Perkataan Petanque berasal daripada Bahasa Perancis, “Pejek-Tongkek” yang bermaksud berdiri dengan kedua-dua belah kaki rapat antara satu sama lain. Perkataan ini berlawanan dengan permainan “Bul-Prowangsaan” yang memerlukan larian tiga langkah sebelum melontar bola. Kemudian, orang-orang Perancis berpendapat perkataan “Pejek-Tongkek” adalah perkataan yang panjang dan agak...

El Classico KAB VS KPZ Bola Sepak final Sukem 2019

Image
Perhitungan bakal dilakukan antara pasukan Kolej Aminuddin Baki dengan Kolej Pendeta Zaaba . Perlawanan ini seperti perlawanan EL Classico umpama pasukan Real Madrid melawan Barcelona. Kedua-dua kolej ini sudah lama berseteru di atas padang sejak sekian lama lagi . Apabila sukan bola sepak sukem sudah pasti pelajar Ukm sudah boleh agak kolej mana yang akan bertemu di final. Sepanjang kejohanan berlangsung Kolej Aminuddin Baki telah memenangi satu perlawanan daripada 2 di dalam kumpulan . Kolej pendeta zaaba adalah merupakan salah satu dalam kumpulan bersaa Kolej Aminduddin Baki. Semasa kumpulan Kolej Pendeta Zaaba telah memenangi kedua-dua perlawanan dalam kumpulan lalu menjadi juara dalam kumpulan dan seterusnya layak ke suku akhir secara automatik manakala Kolej Aminuddin Baki sekadar menjadi naib juara kumpulan. Hal itu sememangnya tidak meresahkan para penyokong Kolej Aminuddin Baki kerana mereka sedia maklum akan kemampuan yang mampu ditonjolkan oleh para pemain mereka....

sukem

Image
Apa itu SUKEM? Sukem ni merupakan singkatan dari Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1990 an lagi.Sebanyak 20 sukan antaranya Olahraga, Bola sepak , Bola tampar, Sepak Takraw, petanque dan sebagainya. Sukem terdiri daripada fasa pertama sehingga fasa ke 3. Fasa pertama bermula pada 16-17 novermber 2019, fasa ke 2 bermula pada 22-24 november, dan fasa yang ketiga bermula pada 30 nov – 1 Dis. Dalam Sukem aku seperti biasa aku menjadi atlet yang mewakili Kolej Aminuddin Baki dalam permainan Petanque..Sebagai atlet siapa je yang tak rasa gementar sebelum pertandingan.Aku membawa nama Kolej Aminuddin Baki   Pelbagai persiapan rapi telah dilakukan oleh coach aku mahupun team sepasukan aku. Malam sebelum permainan coach aku   telah membincangkan pelbagai strategi yang perlu dilakukan..Malam itu aku tido awal . Hari pertandingan sudah tiba, aku bangun awal pukul 6.00 pagi ..aku mandi .solat .makan sarapan sedikit lepastu aku gerak berjumpa dengan coach dan team sepasuka...

DARK WEB

Image
Petanda-petanda awal sebelum korang`terjerumus’ ke dalam deepweb :korang   akan disajikan dengan video-video yang tidak masuk akal sepeti di bawah ini. Agak menyeramkan jugak kan Pernah dengar tak pasal blankmansoup. Video seorang lelaki menangis teresakesak sambal makan sop dan dipujuk dua mascot tak bermulut. Gambar 1 Amaran yaa bila korang dalam deepweb . Lupakan nama korang, email korang , asal korang dekat mana dan apa-apa yang berkaitan dengan diri korang. Cipata satu identity yang baru dan selamilah identiti tu macam diri korang . Benda ni macam diri korang yang kedua iaitu alter elgo. Cari satu servis MAIL2TOR dan buat email deepweb yng baru pakai password yang totally takde related dengan korang . Jangan nak upload apa-apa tapi kalau nak download , pastikan korang bukak file lepas dah offline. Korang kena belajar encrypted 2-way key kalau nak interaksi dengan stranger. Itupun kalau korang berani (lebih baik takyah). Your safety is primary priority. Soal...

Best Ke Universiti Kebangsaan Malaysia?

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan pilihan universiti yang aku pilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda. Ukm berjaya mendapat tempat 160 terbaik universiti di dunia   .Hal ini tidak sangkal lagi mengapa begitu ramai pelajar berebut-rebut untuk memasuki universiti ini. Hasil ini juga merupakan titik peluh antara pensyarah serta pelajar yang bersama sama meningkatkan imej ukm di persada dunia. Ukm bukan sahaja menitik berat akan akademik pelajar malahan mengasah bakat pelajar melalui citra yang telah diperkenalkan sejak sekian lama. Melalui penglibatan pelajar dalam citra pelajar mampu menimba sebanyak mungkin ilmu serta pengalaman daripada tenaga pengajar yang cukup hebat. Ukm bukan sahaja hebat dalam melahirkan para ilmuwan akademik serta atlet atlet yang berpotensi untuk mewakili ukm dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Cukup pengenalan disini mengapa aku memilih ukm sebagai destinasi aku aku untuk menyambung pelajar...

seram

Image
Aku merupakan peminat cerita seram tak kisahlah cerita jenis apa tapi apa-apa yang berkaitan mistik mesti aku akan berminat untuk mendengar. Banyak jugalah cerita yang aku dengar dan pelbagai jenis hantu aku pernah lihat (hanya depan kaca tv sahaja hahaha). Ada yang mengganggap diri aku pelik kerana ialah hantu ni sekali dia terjah kau siapa tak takut kan..tapi bagi aku ianya sangat mengasyikkan walaupun aku tidaklah seberani yang mana pun kalau nampak depan mata memang lintang-pungkang kot aku lari. Kadang-kadang aku suka dengar MJ12 dekat youtube kalau boleh setiap petang aku akan dengar macam-macam kisah yang diberikan oleh para peminat MJ12. Di situ aku disajikan dengan pelbagai kisah ada yang dari semenanjung ada yang dari brunei ada juga yang datang dari seberang tembok iaitu Singapura. Ada satu kisah yang aku nak ceritakan iaitu ada seorang budak bernama mariah ..beliau menceritakan sewaktu di kampung tempat "dirahsiakan" pada satu malam yang tenang mariah sed...