Pasukan Harimau Selatan
Tak sah kalau tanya pasal bola sepak di
Malaysia siapa yang paling unggul dalam liga bola Sepak Malaysia ..pasti mulut
orang akan mengatakan Johor Darul Ta'zim. Hal ini memang aku tak nafikan bahawa
JDT merupakan pasukan favourite untuk memenangi setiap perlawanan dalam liga
mahupun piala. Dari pandangan aku orang yang paling memainkan peranan utama..bertungkus lumus pagi petang siang malam kepada perkembangan pasukan Bola Sepak JDT ke arah mercu kejayaan ialah pemilik Kelab ini sendiri iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sejarah
Pasukan JDT
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ditubuhkan pada 29
Disember 1955, dan berpusat di Kluang Johor pada awal kemunculannya.Stadium Tan
Sri Haji Hassan Yunos adalah gelanggang kepada pasukan bola sepak profesional
pertama daripada Johor, dikenali sebagai Johor FA,Stadium berkapasiti 30,000
penonton tersebut dirasmikan pada 1964 oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan
Sri Dato Hj Hassan Yunos.
SKUAD KESEBELASAN UTAMA
BOLA SEPAK JDT 2019
Senarai Kejayaan Piala yang telah
dimenangi Oleh JDT
FASILITI DAN PRASARANA JDT
Bola sepak Malaysia
semakin melangkah ke hadapan apabila juara liga super 6 kali, Kelab Bolasepak
Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menggunakan stadium baru sebagai gelanggang tuan
rumah apabila pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang dibangunkan oleh Forest
City telah bermula dan berjalan dengan lancar.
Stadium baharu JDT itu
yang mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan
kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi dan dijangka siap pada bulan
Mei 2019.
Untuk
pengetahuan kamu semua reka bentuk stadium ini diilhamkan daripada bentuk daun
pisang yang mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain
memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan
Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan
penyiaran. Dengan ini, para pemain boleh bermain dengan selesa sewaktu latihan
mahupun semasa perlawanan.
Yang
aku pasti stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor dan kemajuan
bolasepak Malaysia apabila dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. Belum lagi
ada mana-mana pasukan atau kelab bola sepak dari rantau Asia Tenggara yang
memiliki mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ selain daripada JDT. Selain daripada
menunjukkan betapa seriusnya juara Liga Super enam kali berturut-turut itu di
dalam sains sukan.
Pembelian dua mesin Infared Sauna Theraphy
telah dibeli oleh pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Kegunaan mesin ini melibatkan proses pemulihan
dan penyembuhan pemain daripada kecederaan – ia juga adalah satu penanda aras
baharu untuk evolusi bola sepak di rantau ini.
Penambahan peralatan
terkini di fasiliti JDT ini membantu mampu membantu proses pemulihan para
pemain selepas latihan dan kecederaan selain membantu menguatkan pemain secara
fizikal. Usaha ini adalah sejajar dengan aspirasi DYAM Mejar Jeneral Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mahu melihat Harimau
Selatan melangkaui batasan.
ANTARA
MANFAAT INFARED SAUNA THERAPHY
Meneutralkan keasidan ,
membantu penyembuhan sakit sendi dan kecederaan ligamen.
• Menghilangkan kelesuan
dan memulihkan tenaga dengan pantas.
• Menstabilkan tekanan
darah, dan gula dalam darah.
Meningkatkan kadar
penghantaran oksigen dan nutrien di dalam sel darah kepada keseluruhan tubuh
dan otak
Comments
Post a Comment
Thank You.. Will replied back soon