seram

Aku merupakan peminat cerita seram tak kisahlah cerita jenis apa tapi apa-apa yang berkaitan mistik mesti aku akan berminat untuk mendengar. Banyak jugalah cerita yang aku dengar dan pelbagai jenis hantu aku pernah lihat (hanya depan kaca tv sahaja hahaha). Ada yang mengganggap diri aku pelik kerana ialah hantu ni sekali dia terjah kau siapa tak takut kan..tapi bagi aku ianya sangat mengasyikkan walaupun aku tidaklah seberani yang mana pun kalau nampak depan mata memang lintang-pungkang kot aku lari.

Kadang-kadang aku suka dengar MJ12 dekat youtube kalau boleh setiap petang aku akan dengar macam-macam kisah yang diberikan oleh para peminat MJ12. Di situ aku disajikan dengan pelbagai kisah ada yang dari semenanjung ada yang dari brunei ada juga yang datang dari seberang tembok iaitu Singapura.



Ada satu kisah yang aku nak ceritakan iaitu ada seorang budak bernama mariah ..beliau menceritakan sewaktu di kampung tempat "dirahsiakan" pada satu malam yang tenang mariah sedang melihat televisyen. Waktu itu suami mariah sedang bekerja syif malam tinggalah mariah keseorangan diri  di rumahnya. Sedang asyik ketawa melihat siaran telatah pelawak di tv . Tiba-tiba Mariah terdengar suara seakan-akan seperti orang sedang memberi salam di luar rumah . Mula- mula mariah ingat orang beri salam di rumah sebelah rupanya kali kedua memang benar jelas kedengaran di hadapan pintu rumahnya. Apa lagi dia pun bangun dari sofa lalu terus menuju ke arah pintu untuk melihat siapa yang memberi salam.


Sewaktu mariah membuka pintu ,alangkah terkejutnya dia melihat seorang nenek tua berpakain lusuh seperti penduduk zaman dahulu lalu....
Mariah yang tanpa syak wasangka lalu bernanyakan pada nenek tersebut  "nek malam- malam ni ada apa ye" begitu pertanyaan mariah lantas dijawab oleh
nenek tua tersebut "nek cari cucu nek taktau dia hilang kat mana dari tadi tak balik ke rumah " lalu dijawab oleh
 Mariah "ohh mungkin ada lari sekitar sana hujung kampung rasanya nek takpun pergi ke rumah jiran sebelah".
Lalu dijawab oleh nenektua tersebut "ohh terima kasih yee nakk". Secara tiba-tiba
nenek tua tersebut menanyakan pada mariah "boleh nenek  pegang perut kamu tak" lalu dijawab mariah boleh saja nek.
Waktu mariah membenarkan nenek tua tu menyentuh perut nasib baik ada pagar besi yang menjadi penghadang antara mriah dengan mak cik tu..apabila
Nenek tua yang sambil memegang dia pun berkata "wahh darah manis yee..anak pertama"dengan jelingan mata yang agak seram.
Bila mariah dengar nenek tua tu cakap macam tu apa lagi mariah rasa tidak sedap hati lalu mariah membalas balik baiklah nek mariah nak tidur dah dah lewat malam ni mak cik hati-hati balik ye..


Selepas itu, mariah terus kunci pintu depan dan belakang..tingkap semua ditutup..Sewaktu hendak tidur mariah merasakan perutnya seperti panas sangat..dia merasakan seperti ada yang menarik- narik keluar bayi yang ada dalam kandungannya itu..akibat daripada itu mariah sukar untuk tidur lalu mariah menelefon ibu bapanya untuk segera datang ke rumahnya kerana sudah tidak tahan kepanasan di perutnya. Setibanya ibu bapa mariah ,bapanya membacakan sedikit ayat-ayat al quran lalu disapukan ke perut mariah . Selepas itu ibu bapa mariah bertanyakan hal yang sebenar yang terjadi sewaktu dia keseorangan ,lalu mariah pun menceritakan hal yang berlaku sebenarnya ..akibat daripada itu mariah teruk dimarahi oleh bapanya kerana membuka pintu lewat malam lalu membenarkan orang yang tidak dikenali menyentuh perutnya ..Sejak dari itu mariah tidak lagi berani untuk duduk keseorangan di rumah dikala suaminya bekerja di waktu malam dan akan tinggal di rumah ibu bapanya sehinggalah suaminya pulang ke rumah .

YANG NI SAJEEE JEE hihihi...takut tak takut tak

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN

Petanque

CERITA ZAMAN FORM 6