KAWAN AKU SAYANG KAU


Assalamualaikkum nama aku zakwan..aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku kepada korang semua tentang kawan.
 Kenapa aku bercerita pasal pengalaman


tetibe aku teringat akan insan bernama KAWAN
KAWAN yang pernah ada untuk aku 18 tahun lepas
kembali terngiang2 lam lubuk hati
seolah2 menceritakan satu babak indah dalam kehidupan

yup
mereka penyeri hidup aku
mereka mencurahkan keindahan hidup aku yang hanya sementara ni
aku tak nyesal mengingati mereka saat ini
kerana merekalah insan yang bergelar KAWAN ;)

Kawan ini ibarat….

kata emak KAWAN itu ibarat lebah, habis madu sepah di buang,
kata abah KAWAN itu umpama bunga ros, di pandang cantik di pegang saki
kata atuk KAWAN itu seperti air, terus mengalir... ..
kata nenek KAWAN itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana... ..
kata abang KAWAN itu seperti lembu, mengikut je apa yang di kata... ..
kata kakak KAWAN itu tak ubah macam durian, bau busuk je tapi sedap di makan... ..
kata adik KAWAN itu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada... ..
dia tetap KAWAN... kenapa...sebab skali aku kawan dgn kau..selama-lamanya kau kawan aku

Tak banyak yang mampu aku katakan kerana kau bagaikan emas yang jatuh dari langit..sukar untuk aku jelaskan tetapi kau tetap ada di sampingku. tanpa kawan kita takkan mampu ada di tempat di mana kita berada sekarang. Tipulah kalau aku kata kawan itu tak menyakitkan hati tetapi bila kau sudah berganjak usia kau akan tersenyum dengan perbuatan kawan kau tu . Semuanya akan menjadi kenangan yang manis yang kau akan ingat sampai bila-bila

Kawan terima kasih kerana selalu berada di sampingku di kala aku jatuh ..mendengar luahan memberi aku semangat untuk aku bangki kembali. Teringat kata-kata korang " zakwan kau mampu atasi benda ni..jangan putus asa kitorang akan support kau dari belakang'...bila kau teringat balik kata-kata korang aku tersenyum sumpah air mata jantan aku jatuh .

kalau dulupergi mana2 mesti mahu bertemanaku ingat lagi nostalgia time aku sekolah rendah bermian-main bersam sama kawanku, tiada siapa nak marah mengutuk kawan yang dilihat lemah dan pelik itu satu kepastian, bersuka ria, ketawa gelak, berlari –lari dalam bilik kelas lepastu kena tegur dengan cikgu. Memamng aku rasa dunia itu sangat bahagia bersama dengan kawan kawanku…yang ini sewaktu aku sekolah rendah sewaktu

apa yang KAWAN buat,aku buat…aku selalu ikut pesan mak ayah aku kalau nak pilih kawan biar betul dan tepat..sampai sekarang aku masih memgang kata-kata mak ayah aku dan ianya sangat berguna..nak cari kawan susah senang bersama bukan senang ..tidur lewat sampai pukul 3 pagi nak siapakan assignment itulahh rutin kami …macam-macam yang kitorang bincang walaupun adakalanya cuma borak-borak kosong sampai waktu kelaparan maggie dikongsi bersama hahaha….sambil study dengan kawan aku akan bermain game

Kawan aku harap kita takkan pernah terputus hubungan kecuali mati yang memisahkan kita...Korang adalah kawan yang terbaik yang pernah aku ada..Tiada siapa yang mampu gantikan tempat korang dekat dalam hati aku. Terima kasih kawan ...Ada masa kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Teringat aku kata kata akan kata kata sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu.


Kawanku masa STPM 



Muka muka suci masuk universiti ..

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN

Petanque

CERITA ZAMAN FORM 6