
Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan pilihan universiti yang aku pilih untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda. Ukm berjaya mendapat
tempat 160 terbaik universiti di dunia
.Hal ini tidak sangkal lagi mengapa begitu ramai pelajar berebut-rebut
untuk memasuki universiti ini. Hasil ini juga merupakan titik peluh antara
pensyarah serta pelajar yang bersama sama meningkatkan imej ukm di persada
dunia. Ukm bukan sahaja menitik berat akan akademik pelajar malahan mengasah
bakat pelajar melalui citra yang telah diperkenalkan sejak sekian lama. Melalui
penglibatan pelajar dalam citra pelajar mampu menimba sebanyak mungkin ilmu
serta pengalaman daripada tenaga pengajar yang cukup hebat. Ukm bukan sahaja
hebat dalam melahirkan para ilmuwan akademik serta atlet atlet yang berpotensi
untuk mewakili ukm dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Cukup pengenalan disini
mengapa aku memilih ukm sebagai destinasi aku aku untuk menyambung pelajaran.
 |
Atlet KAB juara sukem 2018
|
Seterusnya aku merupakan pelajar tahun
1 di Kolej Aminuddin Baki tahun 2019. Mula mula aku jejakkan kaki ke sini ..apa
yang aku diberitahu bahawa kolej ini merupakan kolej yang hebat dalam bidang
sukan mahupun akademik dan aku sungguh bertuah kerana dipilih untuk menetap di
kolej ini selama 1 tahun .Kebanyakkan pelajar yang dipilih di sini mempunyai
pencapaian yang terbaik dalam dua kategori ini. Bukan itu sahaja kolej ini juga
pernah memenangi Sukem iaitu sukan universiti antara kolej sebanyak 8 kali
berturut-turut serta memenangi pertandingan debat naib canselor antara kolej.
Kemudahan yang disediakan di kolej ini juga boleh dikatakan agak selesa juga
walaupun aku tiada kawan bilik tapi disebabkan aku mudah untutk bergauk aku
mampu . Overall boleh aku katakan duduk di kolej bukan calang-calang orang yang
duduk kebanyakkannya mempunyai latar belakang yang hebat dari sukan mahupun
akademik.
Aku mengambil kos pentadbiran
perniagaan di sini. Bagi aku struggle juga untuk aku membiasakan diri kerana
kebanyakkan subjek di dalam kos ini aku tidak ambil semasa aku di tingkatan 6. Sepanjang
3 minggu aku belajar , semua pensyarah amat
baik. Mereka dengan hati yang terbuka mengalu alukan kehadiran para
pelajar baru yang mengambil kos ekonomi dan pengurusan . Fakulti aku dikenali
sebagai Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan dan tidak jauh daripada kolej kediaman
aku iaitu Kolej Aminuddin Baki. Bak kata Abang dan akak akak senior kat
sini..`guling guling je pun dah boleh sampai’.

Semasa minggu mesra mahasiswa
banyak yang aku suka boleh dikatakan seronok jugaklah sebab tidak seperti
orientasi di sekolah sebab tepat 1030 malam pelajar boleh terus pulang ke bilik
masing-masing untuk tidur. Segala aktiviti yang dilaksanakan juga berjalan
dengan lancar.Pemudahcara juga tidak
Perkataan lulus juga tidak lekang dari mulut
para pelajar pra siswazah dari mula hari pertama (MMM) bermula sehinggalah hari
yang terakhir. Lulus ini hadir apabila ada seorang felo yang dikenali sebagai
cikgu naim .Kenapa dipanggil cikgu aku pun tidak tahu.Jangan tanya aku sudah kalau nak tanya pergi jumpa dengan cikgu sendiri. Dalam banyak-banyak aktiviti yang
dijalankan yang aku paling suka semasa minggu mmm ialah semasa di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai DECTAR di mana akan ada
satu slot yang dipanggil perang dectar antara kolej ..setiap kolej akan mempunyai
CHEERS yang tersendiri .
Comments
Post a Comment
Thank You.. Will replied back soon