Petanque


Mesti semua orang tertanya tanya apa permainan dia, cara bermain, kat mana permainan ni selalau dimainkan. Dekat blog sini aku akan ceritakan satu persatu apa itu permainan Petanque.
Asal permainan ini adalah dari negara perancis. Dikatakan bahawa sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Orang Rom merupakan orang pertama yang membawa sukan petanque ini ke Marseilles, Perancis kira-kira 2600 tahun dahulu. Ianya bermula dengan mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung-ganang dan dasar laut untuk bermain. Cara permainan ini ialah siapa yang melontar dengan tepat dan paling jauh adalah yang pemenang.

Perkataan Petanque berasal daripada Bahasa Perancis, “Pejek-Tongkek” yang bermaksud berdiri dengan kedua-dua belah kaki rapat antara satu sama lain. Perkataan ini berlawanan dengan permainan “Bul-Prowangsaan” yang memerlukan larian tiga langkah sebelum melontar bola. Kemudian, orang-orang Perancis berpendapat perkataan “Pejek-Tongkek” adalah perkataan yang panjang dan agak susah disebut, oleh itu ianya ditukar kepada perkataan lain yang bersesuaian iaitu “Petanque”.
Pengalaman kali pertama aku ketahui sukan ini adalah dari kakak aku sewaktu dia mewakili sekolah dia . Sewaktu dia menjalani latihan aku akan mengikuti dia . Di sana aku melihat pelbagai jenis balingan , kedudukan kita semasa lontaran dilakukan serta cara pengiraan mata dilakukan. Dari situ timbul rasa minat dalam diri aku untuk mencuba permainan ini. Pertama aku cuba pergi ke pemilihan petanque sewaktu aku tingkatan 6…Alhamduilillah aku terpilih untuk mewakili sekolah..tapi malang tidak berbau..aku mengalami kecederaan di lengan yang menyebabkan aku harus ditukar dengan orang lain..waktu tu tuhan saje tahu macam mana perasaan aku yang sedih campur remuk sangat hati aku ..tapi aku anggap rezeki tidak berpihak kepada aku. Tapi aku tak putus asa..sewaktu aku melangkah ke Universiti Kebangsaan Malaysia..aku mecuba nasib sekali lagi ..tetapi kalini mewakili kolej aminnudin baki dalam SUKEM 2019. Sewaktu pemilihan dijalankan pada 6 Oktober 2019..yang hadir bukan calang-calang orang ada yang pernah mewakili negeri, daerah , sekolah..waktu tu aku rasa gementar giler..aku rasa macam aku tak mungkin terpilih. Tapi aku main je macam biasa.

Training belakang kolej pun boleh hihihi

Selepas pemilihan dilakukan jurulatih memberitahu bahawa keputusan akan dibuat dalam masa 2 hari akan diupdate dalam whatsapp..aku dalam hati dah fikir ade rezeki adelah takde aku cuba sukan lain…setelah waktunya dinantikan sekali lagi aku rasa bersyukur sangat Alhamduilillah dapat mewakili kolej Aminuddin Baki.
Kalau korang nak tahu permainan Petanque ni memerlukan latihan intensf yang banyak …memerlukan focus yang tinggi serta displin yang bagus..Petanque bukan setakat permainan yang kita akan baling bola begitu sahaja..tetapi pelbagai teknik perlu diaplikasi mengikut situasi serta bergantung kepada permukaan permainan..lebih lebih lagi waktu hujan…Coach aku pernah cakap “datanglah wakil mana sekalipun kalau latihan jarang dilakukan memang kita akan susah nak agak bola akan jatuh belah mana”. Latihan sememangnya kerap harus dilakukan dek kerana para pemain petanque perlu mengetahui bagaimana cara bermain dari segi balingan bola ..cara kedudukan sama ada berdiri mahupun mencangkung serta strategi yang harus dibuat. Bagi aku petaqnue ini merupakan satu permainan yang agak mencabar ..dari jauh nampak senang bila bila dah cuba mesti baling kelaut ..overall sangat best.
Coach aku dulu merupakan bekas atlet kolej Aminuddin Baki selama beliau belajar di UKM..Pelbagai ilmu telah aku pelajari aku aplikasikan semasa latihan …banyak juga kesilapan yang aku lakukan dari stu aku belajar .


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN

CERITA ZAMAN FORM 6