PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku sebagai sukarelawan...aku ingin memberi definisi apa itu sukarelawan ,

Disini aku simpulkan ianya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik meilbatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara sukarela - oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan"untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain"



Pengalaman pertama aku sebagai sukarelawan iaitu sewaktu aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ( ukm) di mana aku mengambil citra kesukarelawanan khidmat bakti di bawah bimbingan Prod Madya Dr Fazilah Mohd Idris dan Dr Wardah Mustafa Din.

Waktu pertama aku masuk sini aku ingin mencuba untuk mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu sukarelawan, skop kerja dia apa, kemahiran yang dia perlukan dan bermacam-macam lagi yang ada dalam fikiran aku ini. Kalau korang nak tahu sukarelawan ni ada banyak jenis ..antaranya dalam bidang bencana alam, kesihatan , pendidikan dan sebagainya. Bagi orang yang kurang upaya seperti buta juga mampu menjadi sukarelawan melalui penyumbangan idea ...idea yang diperoleh juga dikira sebagai sukarelawan.

Dari segi pembelajaran , aku dapat mengetahui pelbagai seperti persatuan dan kelab yang ada melalui badan bukan kerajaan , sifat-sifat yang mampu dipupuk melalui kerja ini serta kebaikan yang mampu kita peroleh apabila kita terlibat sama melalui kerja -kerja sukarelawan. Kalau korang pelajar ukm dan nak masuk sukarelawan aku seggestkan korang cuba masuk citra sukarelawan khidmat bakti ni.. serius aku cakap sangat best dan menyeronokkan. Bermacam-macam input yang korang akan dapat untuk 


Tempat pertama aku menjalankan aktiviti sukarelawan di Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi...di sana sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) berkolaborasi bersama pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama sama dengan badan sukarelawan yang lain . Sebelum menjalankan kerja sukarelawan ini kami semua diberi penerangan seperti aktiviti yang bakal dibuat seperti memungut sampah sarap di tasik menggunkan kayak , mengecat jambatan, memugut sampah di tebing tebing tasik serta memberi idea untuk menceriakan lagi Taman Tasik Cempaka. Kumpulan aku iaitu FEP2  telah memberi idea berkenaan sigange yang akan dibuat di tempat orang berjogging.


Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan akan habis pada pukul 12.00 tengahari ..terdapat satu dua kata daripada yb sebelum menuju kepada acara perasmian Hari . Kami telah berkumpul dan pengagihan kerja telah dilakukan oleh Prof Fazilah dan Dr Wardah . Di situ aku telah memilih untuk mengutip sampah di tebing-tebing tasik. Sebelum bermulanya kerja aku telah diberi peralatan khas untuk mengutip sampah yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Semasa kerja-kerja pengutipan berlaku bermacam barang yang aku temui seperti botol , pakaian dan ada juga lampu kereta yang dibuang. aku kira sikap manusia juga perlu dididik kerana tong sampah telah disediakan tetapi masih juga mahu membunag sampah ke dalam tasik.

Selesai sudah kerja acara penutupan bermula di mana ada sedikit ucapan daripada YB serta sesi bergambar bersama dengan semua orang. Walapun penat dan letih aku dapat merasakan satu kepuasan di mana aku mampu memberi kudrat tenaga aku dalam meyumbang kepada pembersihan Taman Tasik Cempaka. Aku berharap ramai lagi sukarelawan dapat dilahirkan. 
                                                             

Antara aktiviti yang telah dijalankan disana 










Comments

Popular posts from this blog

Petanque

CERITA ZAMAN FORM 6