El Classico KAB VS KPZ Bola Sepak final Sukem 2019
Perhitungan bakal dilakukan antara pasukan Kolej Aminuddin Baki dengan Kolej Pendeta Zaaba . Perlawanan ini seperti perlawanan EL Classico umpama pasukan Real Madrid melawan Barcelona.
Kedua-dua kolej ini sudah lama berseteru di atas padang sejak sekian lama lagi . Apabila sukan bola sepak sukem sudah pasti pelajar Ukm sudah boleh agak kolej mana yang akan bertemu di final.
Sepanjang kejohanan berlangsung Kolej Aminuddin Baki telah memenangi satu perlawanan daripada 2 di dalam kumpulan . Kolej pendeta zaaba adalah merupakan salah satu dalam kumpulan bersaa Kolej Aminduddin Baki. Semasa kumpulan Kolej Pendeta Zaaba telah memenangi kedua-dua perlawanan dalam kumpulan lalu menjadi juara dalam kumpulan dan seterusnya layak ke suku akhir secara automatik manakala Kolej Aminuddin Baki sekadar menjadi naib juara kumpulan.
Hal itu sememangnya tidak meresahkan para penyokong Kolej Aminuddin Baki kerana mereka sedia maklum akan kemampuan yang mampu ditonjolkan oleh para pemain mereka.
Tanggal 30/11/2019 bersamaaan hari sabtu ..hari yang sudah semestinya dinantikan oleh para peminat bola sepak di mana mereka dapat menyaksikan pertembungan antara kolej KAB melawan KPZ. waktu berjalan begitu pantas sehinggakan kita tidak menyedari perlawanan yang bakal berlangsung antara pasukan KAB.
Malam itu aku hadir awal bersama-sama dengan penyokong KAB ultras KAB yang sungguh bersemangat ingin memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan mereka. Tepat jam 830 malam sepak mula telah dilakukan oleh pasukan KAB ..sepanjang tempaoh separuh masa pertama pasukan kab bermula dengan agak baik dari segi serangan mahupun pertahanan cukup mantap dan cemerlang ...lalu hasil daripada penguasaan ini pemai n Kab telah menjaringkan satu GOL pada minit-minit akhir sebelum tamat separuh masa pertama yang telah dijaringkan oleh pemain penyerang mereka iaitu azrul yang menerima hanataran dari sebelah tepi lalu mengelecek seorang pemain pertahanan KPZ yang tidak mampu melakukan apa-apa lalu menendang bola tersebut ke hujung bahagian tiang gol. Sokongan demi sokongan diberikan oleh pelajar diberikan kepada atlet mereka.
Separuh masa kedua, permainan kedua-dua pasukan agak seimbang ..tetapi pada pertengahan babak kedua bermula seorang pemain KAB telah dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari pemain KPZ dengan begitu agresif. Dengan kekurangan pemain KAB, pasukan KPZ cuba mengambil kesempatan itu dengan dengan menyerang secara bertali arus ke arah pasukan kab namun rezeki tidak berpihka kepada mereka apabila displin pertahanan yang ditunjukkan oleh pasukan KAB yang mampu menyekat segala serangan dari pelbagai arah oleh pasukan KPZ..Wisel telah dibunyikkan oleh pengadil tamat sudah perlawan yang cukup mendebarkan di antara kedua-dua pasukan yang saling berseteru sejak sekian lama lagi. KAB telah berjaya membawa ibu segala emas ke kolej hasil daripada jaringan tunggal pemain kab yang berrkesudahan 1-0 .
Aku sebagai pemain ke 12 serta pelajar yang menginap di Kolej Aminuddin Baki berasa berbangga dengan pencapaian serta komitmen dan kesungguhan yang ditjukkan oleh para pemain di atas padang sepanjang tempoh 90 minit .
Comments
Post a Comment
Thank You.. Will replied back soon