CERITA ZAMAN FORM 6
Nama yang diberi
oleh ibu bapa aku ialah Mohammad Zakwan Bin Mohd Zan aku merupakan bekas pelajar
tingatan 6 di SMK TINGGI BATU PAHAT JOHOR. Pelbagai pancaroba yang aku lalui
sepanjang bergelar pelajar di sekolah ini. Ada yang mengatakan STPM itu susah bahkan
seringkali menjadi bualan sesetengah masyarakat kita tetapi bagi aku di dunia
ini tidak ada pekara yang senang semuanya memerlukan pengorbanan serta harganya
yang tersendiri. Memang aku tidak nafikan bahawa peperiksaan STPM ini merupakan
antara peperiksaan ketiga paling susah di Asia Tenggara tapi bak kata pepatah
pelopor barat `where there`s a will, there`s a way’ .Aku teringat kata-kata
imam as syafie beliau berkata `Bila kamu tak tahan lelahnya belajar maka kamu
akan menanggung peritnya kebodohan. Aku juga menjadikan STPM ini sebagai satu cabaran
yang harus aku tempuh untuk aku membuktikan kepada para pelajar yang ingin
menyambung pengajian di STPM di luar sana supaya tidak harus membatalkan niat
mereka.
Semasa di
tingkatan 6 aku mengambil 4 subjek iaitu Pengajian am, Pengajian Perniagaan,
Sains sukan dan Seni Visual. Antara keempat empat subjek ini subjek yang paling
diminati oleh aku ialah Pengajian am kerana subjek ini kita akan belajar secara
menyeluruh tentang Malaysia. Subjek ini juga boleh dikatakan subject killer
dalam stpm kerana hanya satu sahaja kata kunci tertinggal habislah markah korang
semua terutama bahgian esei akan jadi menyeleweng .Tetapi berkat kesabaran
cikgu Zulkifli bin Abbas dalam mengajar aku , aku mampu untuk mengukirkan
senyuman cikguku kerana mampu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
subjeknya. Cikgu ini pernah menghadiahkan aku satu buku teks pengajian am dalam
satu sampul surat yang besar sewaktu sem2 yang aku kira ada nilai sentimental
serta menjadi pemangkin semangat kepada diriku untuk terus mendapatkan A dalam
subjek ini.Di bawah ini merupakan gambar kelas tingkatan 6 JATI
Pengalaman paling
manis semasa aku berada di tingakatan 6 sewaktu aku bersama rakan rakan
sekelasku pergi ke Teluk Gorek untuk menjalankan amali sains sukan kami.
Pelbagai aktiviti dilakukan oleh ajk-ajk yang telah dilantik untuk
melaksanakannnya. Aktiviti yang mengeratkan kami sebagai pelajar sains sukan
iaitu sewaktu hari terakhir di mana setiap orang perlu mencari pasangan dan
seterusnya akan bermain satu permainan yang dipanggil `Aku Sayang Kau’. Pada malam
itu sambil bermain permainan itu kami dihidangkan juga dengan ayam barbeque.
Pejam celik pejam
celik tamatlah pengakhiran aku bergelar sebagai pelajar pra university di SMK
Tinggi Batu Pahat. Aku berasa bersyukur kerana mampu menghabiskan 1 tahun setengah
di sekolah itu walaupun banyak kenakalan aku di sekolah hihihi. Aku bersyukur walalupun masaku di sekolah tidaklah begitu lama tetapi banyak kenangan manisku dicipta di sana. Pada 6 Mac 2018 keputusan Stpm aku diumumkan, aku seperti tidak
percaya dengan mata kepala aku sendiri seolah olah aku seperti berada dalam
alam mimpi pabila namaku diumumkan di atas pentas sebagai top 5 pelajar STPM
terbaik di sekolahku. Alhamduilillah aku berjaya mendapat CGPA 3.92 ini semua
berkat doa usaha serta kesabaran cikguku yang tidak penat dalam menyampaikan
ilmu kepada kami semua.
Selepas ini destinasi seterusnya Universiti Kebangsaan Malaysia ..Aku datanggg!!!!!Muka banyakk senyummmm tak terkira hehehe |
Comments
Post a Comment
Thank You.. Will replied back soon